"....tidak salah untuk memerhati kerana ianya dapat dijadikan pedoman buat diri dan antara kita supaya saling mengingati...namun walau apa pun,berhati-hati semasa memerhati kerana boleh jadi tindakan kita disalah erti oleh insan yang tidak mengerti..."

Tinta Pemerhati_Bebas


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 26, 2009

PTPTN >>>Biasiswa jika dapat Ijazah Kelas Pertama

Keputusan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional Negara kepada biasiswa bagi yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama disifatkan suntikan semangat pelajar mencapai kecemerlangan.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Prof Dr Mohd Yusoff Hassan berkata, ia turut menggalakkan pelajar mempunyai objektif jelas untuk melakukan yang terbaik, selain berpeluang menikmati pengecualian bayaran balik pinjaman.

Mengenai anugerah biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik berdasarkan merit untuk dihantar ke universiti terkemuka dunia, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Aminah Ayob, berkata;

“Usaha bijak ini dapat mengoptimumkan keupayaan individu cemerlang. Malah, pelajar terbaik patut diberi peluang mendalami pengetahuan berasaskan teknologi termaju dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan perlu cekap mengambil peluang menghantar pelajar ke universiti berprestij, sekali gus menyediakan tenaga profesional bagi memajukan negara pada masa akan datang.

“Pemilihan pelajar berdasarkan merit meningkatkan semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan dan bersaing secara sihat antara satu sama lain.”

Potongan separuh harga bagi tiket pengangkutan kereta api kepada pelajar institusi pengajian tinggi pula, ia dapat meringankan beban pelajar terutama ketika hendak pulang ke kampung setiap kali cuti semester.

Pengerusi Sekretariat Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Mohd Syamsul Salleh, berkata keputusan itu menandakan kerajaan turut mendengar suara pelajar.

Katanya, diharap kemudahan itu dapat diperluaskan kepada pengangkutan awam lain, antaranya bas dan kapal terbang.

Begitu juga dengan bayaran RM50 bagi langganan perkhidmatan internet jalur lebar kerana kadar minimum RM98 sebulan sekarang membebankan terutama bagi pelajar daripada keluarga kurang mampu.

“Kami harap kemudahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan meningkatkan semangat pelajar berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

1 comments:

Anonymous said...

tp bukan suma student 1st class dapat..student ambilan disember 2005 dan thn 2006 di anak tirikan. ktorg tamat blaja disember 2009..tp syarat nye tamat blaja januari 2010 baru bleh dapat pengecualian ptptn tu..