Seorang wanita selalu mengeluarkan kata kata prejudis tentang sikap lelaki , " orang lelaki ni selalu bersikap ego ". Seorang lelaki pula selalu memberi tanggapan satu lagi tentang wanita , " susahlah cakap dengan perempuan, selalu emosional ". Padahal keduanya merupakan sifat sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua jenis mahluq ciptaaNya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya masing masing.
Kedua mahluq ini mempunyai peranan besar sebagai agen memperbanyak bilangan umat manusia yang merupakan penghuni yang terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua mahluq ini diciptakan oleh Allah dengan dua sifat / tanggungjawab yang berbeda tetapi dapat dipersatukan untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan keduanya mahluq tadi pasangan yang hebat dibanding semua ciptaaNya yang juga berpasang pasangan.
Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua mahluq lelaki dan wanita ini adalah berganding dalam rumahtangga yang diakuiNya dan taat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya. Apabila seorang mukmin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan maka kedua mahluq ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama kedua mahluq ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada dan qadar ciptaan Allah .
Lelaki dan Keegoannya
Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoannya .
Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang kebijakan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban ebagai seorang isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Dilain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya . Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya
Wanita dan Emosinya
Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan eksis tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fisiknya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat dipungkiri.
Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :
Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.
Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu tidak dikatakan tidak berpikiran rasional.
Seorang wanita yang paham ttg. hadis di atas sudah tentu reda dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.
Lelaki sholeh dan Wanita sholehah
Dalam rumahtangga yang harmoni sudah tentu kedua mahluq yang dipasangkan tidak menjadikan sifat ego dan sifat emosional sebagai dua sifat yang bertolak belakang tetapi seharusnya menjadikan kedua sifat tersebut sebagai gabungan kerja untuk menjayakan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai satu matlamat.
Demikianlah juga dalam rumahtangga seorang mukmin, isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukanlah satu isu yang dapat menjadikan pasangan dalam sebuah rumahtangga untuk saling tuduh menuduh atau bercakaran satu sama lain. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan hidup berumahtangga kepada hambaNya yang beriman . Dan Allah akan selalu memberikan inayah pertolonganNya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar dapat mengharungi hidup kekal berpasangan
Tinta Pemerhati_Bebas
Monday, October 26, 2009
Emosi L vs Emosi P
Posted by pemerhati_bebas at 10:07 AM 0 comments
Labels: XX vs XY
Kisah Di Sebalik Hantaran al-Quran
Kisah ini khusus ditujukan khusus kepada mereka-mereka yang ada niat untuk menjadikan al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri yer.
Bacalah kisah ini dan fahami lah mesej yang ingin disampaikan dari kisah ini.
Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu..
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Peringatan buat semua…
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’
Sekarang, tepuk dada anda, tanyalah pada diri, berapa minit kah masa yang anda peruntukkan dalam satu hari untuk membaca al-Quran?? 5 minit? 10 minit? Setengah jam? Atau kita hanya baca Quran seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali masa bulan puasa saja? Di manakah kita? Sekian, semoga kita dapat memperbanyakkan bacaan al-Quran dan mengamalkannya.
Posted by pemerhati_bebas at 8:50 AM 0 comments
Labels: AD-DIN
Apa Warna Anda...?
Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :
MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU
Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.
Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.
Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.
MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.
BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.
KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.
HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.
KELABU & HITAM
1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.
COKLAT & UNGU
1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.
Posted by pemerhati_bebas at 8:40 AM 0 comments
Labels: PSIKOLOGI METAFIZIK
Tidak Mustahil Untuk Terjadi Kepada Kita...
Tidak musatahil ini akan berlaku kepada kita juga....:-
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya….. . siapa dia…. tiba2 aku merasa dada ku sesak… sukar untuk bernafas…… namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku…… terus erjalan…… kekerongkongku. .
sakittttttttt. ………sakit. rasanya.Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,….Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku…..
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku…kkhh. ……… khhhh…… kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya,amat teramat sakit….. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…Badanku gementar…. peluh keringat meluncur deras…..mataku terbelalak.. … air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.
Namun setelah itu……… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar,cerah…. tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????. Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis…mereka
menjerit… histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia…??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia…dia..dia...mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan….???
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…… Aku cuba pula untuk merangkul anak2ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak…tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku…dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.. Aku telah mati…aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka … tak kuasa aku menangis…… berteriak. Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis..masaku telah terlewat..aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.
**************************************************************************
Posted by pemerhati_bebas at 7:35 AM 0 comments
Labels: AD-DIN
Kamu...Tulang Rusukku..
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing” .
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
***********************************************************************
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat… .
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Posted by pemerhati_bebas at 7:04 AM 0 comments
Labels: CINTA
PTPTN >>>Biasiswa jika dapat Ijazah Kelas Pertama
Keputusan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional Negara kepada biasiswa bagi yang menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama disifatkan suntikan semangat pelajar mencapai kecemerlangan.
Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Prof Dr Mohd Yusoff Hassan berkata, ia turut menggalakkan pelajar mempunyai objektif jelas untuk melakukan yang terbaik, selain berpeluang menikmati pengecualian bayaran balik pinjaman.
Mengenai anugerah biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik berdasarkan merit untuk dihantar ke universiti terkemuka dunia, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Aminah Ayob, berkata;
“Usaha bijak ini dapat mengoptimumkan keupayaan individu cemerlang. Malah, pelajar terbaik patut diberi peluang mendalami pengetahuan berasaskan teknologi termaju dalam pelbagai bidang.
“Kerajaan perlu cekap mengambil peluang menghantar pelajar ke universiti berprestij, sekali gus menyediakan tenaga profesional bagi memajukan negara pada masa akan datang.
“Pemilihan pelajar berdasarkan merit meningkatkan semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan dan bersaing secara sihat antara satu sama lain.”
Potongan separuh harga bagi tiket pengangkutan kereta api kepada pelajar institusi pengajian tinggi pula, ia dapat meringankan beban pelajar terutama ketika hendak pulang ke kampung setiap kali cuti semester.
Pengerusi Sekretariat Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Mohd Syamsul Salleh, berkata keputusan itu menandakan kerajaan turut mendengar suara pelajar.
Katanya, diharap kemudahan itu dapat diperluaskan kepada pengangkutan awam lain, antaranya bas dan kapal terbang.
Begitu juga dengan bayaran RM50 bagi langganan perkhidmatan internet jalur lebar kerana kadar minimum RM98 sebulan sekarang membebankan terutama bagi pelajar daripada keluarga kurang mampu.
“Kami harap kemudahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan meningkatkan semangat pelajar berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.
Posted by pemerhati_bebas at 6:51 AM 1 comments
Labels: PENDIDIKAN
Serlahkan Peribadi Unggul
Lumah manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.
Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.
Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:
Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.
Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.
Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.
Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.
Walaupun anda suka memakai baju-T dan jean, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.
Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.
Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.
Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri.
Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!
Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa.
Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok...masuk kandang kambing, mengembek...masuk kandang harimau, kita mengaum!'
Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.
Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.
Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat.
Masyarakat bijak menilai.
Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.
Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.
Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.
Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.
Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.
Posted by pemerhati_bebas at 6:06 AM 0 comments
Labels: MENTALITI, PENDIDIKAN, PERSONALITI

