"....tidak salah untuk memerhati kerana ianya dapat dijadikan pedoman buat diri dan antara kita supaya saling mengingati...namun walau apa pun,berhati-hati semasa memerhati kerana boleh jadi tindakan kita disalah erti oleh insan yang tidak mengerti..."

Tinta Pemerhati_Bebas


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 8, 2009

Perhatikan Sama-sama...

Apa yang dapat anda perhatikan daripada gambar di atas?
Gambar ini dikirimkan oleh seorang kawan daripada Brunei. Buah nangka yang berupa wajah manusia ini terdapat di Thailand dan pokok nangka ini telah dipagari sebagai tempat pemujaan bagi penganut Buddha di kawasan tersebut.

Monolog Seorang Pemerhati...

Terasa saujana mata memandang. Sudah agak lama tidak keluar dari kepompong semenjak dua menjak ini.Terutama semasa minggu peperiksaan bermula. Rasa segar anak mata takkala memandang tabir alam yang begitu indah,anugerah dari pencipta alam.Alhamdulillah.

Rasa malas untuk menyeludup keluar dari bumi UKM ini cuba ditepis. Kalau tidak, alamat tidak balik kampunglah jawabnya. Sebabnya tiket balik belum dibeli lagi. Nanti kehabisan…diri sendiri pula yang merana.
Melihat cuaca yang sungguh damai dan permai ini, hati lantas dijentik rasa seronok!Nampaknya, tiada halangan.Kelmarin sudah merancang untuk keluar tetapi, apakan daya, kuasa pencipta melebihi segala-galanya.Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan pula yang melanda.

Serasanya, inilah kali pertama melakukan perjalanan keluar dari bumi UKM ini sejak 3 minggu kebelakangan ini.Hampir-hampir terlupa bagaimana arah tuju perjalanan.Jalan-jalan yang biasa dilalui kini terasa begitu asing sekali.Mungkin mata ini sudah begitu lama tidak “dijamu” dengan jalan-jalan itu.Memori jangka panjang mula terhakis agaknya.Mungkin sebab mata ini sudah lama tidak “diupdate” dengan pemandangan baru.Mungkin juga…

Perjalanan pergi menaiki komuter terasa lancer. Tiada kesesakan di dalam tren.Jadi, tak perlulah berasak-asak dengan orang ramai yang juga turut menunggu tren komuter di situ.

Namun, lain hal pula apabila tiba di stesen Kajang. Setelah hampir sejam beratur untuk mendapatkan tiket keretapi, dugaan datang tiba-tiba. Mesin tiket rosak…! Itulah yang diberitahu oleh pegawai yag bertugas di kaunter. Rasa marah, kecewa, terkilan bercampur aduk.

Hendak diluahkan kemarahan…tapi pada siapa?Logikkah diluahkan kemarahan pada mesin yang tidak tahu apa-apa?Hendak diluahkan kemarahan kepada pegawai yang bertugas?Apa rasionalnya?Mereka tidak bersalah,sebab mesin yang rosak!Jadi macam mana mereka hendak memproses tiket-tiket yang ingin dibeli oleh penumpang?Jadi, siapa yang harus dipersalahkan?Diri sendiri?Kenapa hendak salahkan diri sendiri?Bukan diri kita yang jadi mesin.Bukan diri kita yang jadi pegawai di kaunter tiket!Hmmm..salahkan diri sendiri sebab pergi beli tiket hari ini..bukan kelmarin!Kalau pergi kelmarin, mungkin mesin itu tidak rosak dan saya tidak terpaksa menunggu lama untuk membeli dua keping tiket balik kampung!Mungkin….!Tapi cukupkah dengan “mungkin” itu kita meneruskan perjalanan hidup kita ini..?

Penantian selama dua jam di stesen Kajang itu diserikan dengan pelbagai pemandangan dan ragam serta karenah manusia!Dalam kegairahan para penumpang menanti ketibaan tren yang sudah nampak dari kejauhan, mereka tiba-tiba diserang rasa hampa!Tren yang ditunggu-tunggu tiba-tiba terhenti pergerakannya.Rosak! Itulah kata pegawai di stesen.Padahal, Cuma beberapa meter sahaja hendak sampai ke stesen.Aduh!Terjentik pula rasa lucu di hati. Mungkin hari ini Hari Mesin Rosak Sedunia agaknya.Saya cuba membuat lawak dengan diri saya sendiri.sekadar menghilangkan rasa bosan menunggu.Biarlah,sekurang-kurangnya boleh menghiburkan hati dengan pelbagai imaginasi dan ilusi yang muncul dalam fikiran.Kreatif! Itu yang penting!

Suasana di kawasan stesen ibarat tebuan menghurung sarang.Berdengung dan berdendang dengan pelbagai irama.Ralit saya memerhatikan keadaan itu, hinggakan tidak terasa penantian saya untuk menunggu mesin yang rosak kembali berfungsi.

Antara sedar atau tidak,akhirnya penantian saya selama hampir dua jam setengah berakhir.Mesin sudah kembali berfungsi.Alhamdulillah,berakhir sudah suatu episode yang membosankan!Sememangnya, penantian suatu penyeksaan!

Sebaik sahaja selesai urusan di situ!Saya bergegas berlari menaiki tren yang kebetulan sampai.Alhamdulillah,ada hikmah disebaliknya.Penantian saya berbaloi rupanya.Dapat jea tiket,tren komuter terus datang!Tak perlu saya membilang detik waktu untuk menghitung bilakah tren akan sampai, kerana bayangan buku-buku yang belum dikhatam menggamit saya pulang!

Hidup ini adalah suatu perjalanan untuk meneroka misteri kehidupan.Tepat sekali bait-bait ayat itu!Perjalanan yang saya lalui hari ini menyebabkan banyak benda saya perhati dan banyak benda saya perolehi…!

Dari mata pemerhati_bebas…!
Sekadar memerhati tanpa ada niat yang tersembunyi…….

Tuesday, November 3, 2009

Pentingnya Penguasaan 3M Di Kalangan Pelajar



Laksana pelbagai kaedah P&P ikut kategori murid

IKUTI pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj, mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Khairina Yasin.

KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini.

Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah.

Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya.

Di manakah silap atau apakah kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid.

KAEDAH P&P berbeza perlu meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid.

Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah.

Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit.

Dalam sesetengah keadaan, kurangnya komitmen pengurusan sekolah antara penyebab pendidikan murid tergolong dalam kategori ini, gagal mencapai matlamatnya.

Menyisihkan murid terbabit daripada mengikuti pendidikan seperti rakan lain hanya akan menyulitkan langkah mengatasi masalah mereka kemudian hari.

Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru daripada membantu murid yang lemah itu.

Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka.

Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau kesihatan.

Pemerhatian mendapati murid lemah 3M boleh dikelompokkan lima kategori, iaitu anak Orang Asli, kanak-kanak istimewa atau pendidikan khas, murid menghadapi masalah psikologi, kanak-kanak terbiar dan mereka yang sememangnya berketurunan tidak boleh membaca atau dungu.

Setiap kelompok murid terbabit memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbeza bagi memastikan kelemahan pembelajaran mereka dapat diatasi secara berperingkat.

Pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan Kementerian Pelajaran kerana jika dilaksanakan secara tunggal, ia tidak boleh diguna atau diaplikasikan kepada semua murid yang gagal menguasai 3M.

Keadaan ini wajar dikaji semula di peringkat akar umbi dengan merujuk faktor mempengaruhi masalah penguasaan 3M dalam setiap kelompok murid terbabit sebelum menentukan kaedah P&P yang tepat dan bersesuaian.

Dalam kes anak Orang Asli contohnya, kesukaran memberi fokus kepada apa yang diajar menyebabkan mereka gagal menguasai 3M.

Hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata agak lambat berikutan wujudnya gangguan yang menjejaskan fokus mereka terhadap pembelajaran.

Bagi menanganinya, penggunaan alat muzik dalam proses P&P disifatkan antara kaedah sesuai untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas itu di kalangan anak Orang Asli.

Ini kerana mereka amat peka terhadap deria pendengaran. Oleh itu, alat muzik adalah perantara sesuai diguna pakai guru bagi menarik tumpuan kelompok murid masyarakat minoriti itu terhadap pengajaran guru.

Malah, banyak kajian luar negara membuktikan penggunaan alat muzik mengikut etnik atau budaya berjaya membangunkan kemahiran 3M di kalangan murid sekolah.

Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal.

Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah berkenaan tidak dipandang serius.

Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu.

Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan.

Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya.

Selain guru dan murid, keberkesanan program pemulihan ini memerlukan kerjasama dan penggemblengan tenaga semua pihak, termasuk sekolah dan ibu bapa.

Apa yang penting, pelaksanaan tindakan progresif menangani masalah penguasaan 3M di kalangan murid ini sepatutnya sejak awal lagi, bukan pada peringkat mereka sudah terlalu jauh tercicir.

Wanita Guna Nama Lelaki Lebih Berjaya?

Sumber dari:
http://www.bharian.com.my
Rabu 4 November 2009

SINGAPURA: Apa ada pada nama? Banyak jika anda sedang mencari pekerjaan dalam bidang perundangan terutama apabila satu kajian di Amerika Syarikat mendapati wanita yang mempunyai nama lelaki didapati lebih berjaya sebagai peguam dan hakim, berbanding mereka dengan nama tradisi dan kewanitaan.

Kajian berkenaan yang diketuai pakar ekonomi Bentley Coffey dari Universiti Clemson, Carolina Selatan, melihat kaitan antara kejayaan seseorang dalam kerjaya perundangan yang akhirnya boleh menjadi hakim dan sejauh mana nama mereka dipandang sebagai ‘maskulin’ atau berunsur kelelakian.

Kajian itu mendapati, wanita yang bernama ‘Cameron’ adalah tiga kali berkemungkinan menjadi hakim berbanding wanita bernama ‘Sue’ manakala wanita bernama ‘Bruce’ pula lima kali lebih kemungkinannya menduduki jawatan itu.

“Walaupun wanita meliputi hampir separuh bilangan pelajar yang menjadi graduan kajian undang-undang dalam tempoh 15 tahun lalu, profesion perundangan masih kekal sebagai satu bidang yang dikuasai lelaki,” kata Coffey.

Menurut kajian itu lagi, ‘peguam wanita pertama di Carolina Selatan mempunyai nama maskulin dan hari ini ramai peguam wanita percaya bahawa perkara itu penting.

Ia turut menyenaraikan faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan wanita dengan nama lelaki dalam kerjaya mereka termasuk sebilangan kecil wanita di firma guaman di beberapa tempat di Amerika selain lebih ramai pengundi lebih suka pada lelaki berbanding wanita apabila memilih calon untuk memegang jawatan perundangan.

“Juri, pelanggan, ketua, profesor, ahli Parlimen, mungkin merasa lebih selesa dengan wanita bernama George berbanding yang bernama Barbara,” menurut kajian berkenaan.

Coffey memberitahu agensi berita bahawa kajiannya juga memberi kesan kepada dirinya secara peribadi apabila beliau memberi salah seorang daripada anak perempuan kembarnya dengan nama berunsur lelaki dan seorang lagi pula diberi nama tradisi kewanitaan. - Reuters

Thursday, October 29, 2009

Detik Terakhir Insan Termulia

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia aripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.

Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.

Kemudian kami bertanya: Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyilaa.

Kami bertanya lagi: Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.

Kami bertanya: Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami? Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.

Semakin Tenat

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah? Kemudian ia berkata lagi Assolah yarhamukallah.

Fatimah menjawab: Rasulullah dalam keadaan sakit? Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku? Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini.. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.

Malaikat Maut Datang Bertamu

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah! Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk? Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab:Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.

Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu siapakah dia? Fatimah menjawab: Tidak wahai baginda. Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan Assalamualaika ya Rasulullah. Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?

Malaikat Maut menjawab: Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? Saya tinggal ia di langit dunia.. Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.

Ketika Sakaratul Maut

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.

Baginda SAW bersabda: Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.

Baginda SAW bersabda lagi: Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?

Jibril as bertanya: Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?

Jibril menjawab: Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.

Maka berkatalah Rasulullah SAW: Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku? Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Ali ra bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut? Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat

Berkata Anas ra: Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir.

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: nauzubillahi minasy syaitannir rajim?Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Muaz berkata: Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan? Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Muaz berkata kepada mereka: Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Muaz, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?
(Ali-lmran: 144)

Maka Muaz pun menjerit lagi: Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad.. Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.

Kemudian ia berkata: Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:

setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Muaz: Wahai Muaz sedarlah dan bangunlah.

Ketika Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Muaz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah? Muaz menyambungnya: wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah. Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Muaz yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Muaz, lalu ia berkata: Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz.

Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh? Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: Assalamualaikum ya ahli bait.

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.

Kemudian Fatimah berkata lagi: Masuklah wahai Muaz.Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama..

Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW...

Wednesday, October 28, 2009

Jika Allah Maha Baik.Kenapa Ada Neraka?

Sumber dari:
http://lembahbujang.blogspot.com

Ini kisah benar..

kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

Perundangan Islam: Jangan Biarkan Ia Terus Diperlekehkan

Sumber dari:
http://www.kosmo.com.my
28 Oktober 2009 (Rabu)

ISU kedudukan institusi perundangan Islam, yang sering dilihat sebagai tidak setaraf dengan sistem sivil bukan perkara baru. Ia sudah dibangkitkan pelbagai pihak sejak sekian lama dan dari semasa ke semasa. Dari pelbagai sudut, kerajaan sudah melaksanakan banyak perubahan untuk menambah baik kedudukan institusi perundangan syariah. Bagaimanapun, mungkin kesannya belum dapat dilihat sepenuhnya menyebabkan sehingga hari ini, masih wujud tanggapan bahawa institusi perundangan Islam tidak dinobatkan ke tempat yang sewajarnya. Badan penguat kuasa agama umpamanya, dilihat masih tidak mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam melaksanakan tanggung jawab mereka. Kedudukan mahkamah syariah pula sering dilihat sebagai 'mahkamah kelas dua' berbanding mahkamah sivil. Sama ada dari segi penguatkuasaan ataupun reaksi terhadap keputusannya, wujud kecenderungan yang menjurus kepada kedudukan mahkamah syariah seolah-olah tidak dihormati. Soal sama ada perkara itu memang benar atau sekadar tanggapan, ia memerlukan analisis terperinci. Apa yang penting ialah persepsi sedemikian masih menebal dan usaha perlu dilaksanakan untuk memperbetulkan keadaan. Satu daripada kaedah paling berkesan menjayakan usaha itu ialah dengan memastikan penguat kuasa agama dan mahkamah syariah diberi kuasa dan kebebasan sepenuhnya dalam melaksanakan tanggung jawab mencegah atau melaksanakan hukuman terhadap jenayah syariah tanpa pengaruh atau tekanan luar.

Pada masa sama, langkah memperkukuhkan kewibawaan institusi perundangan Islam termasuk sistem kehakiman syariah, khususnya dari aspek kepakaran serta guna tenaga juga perlu dilaksanakan. Isu berhubung kedudukan jawatan, jumlah kakitangan dan kelulusan mereka contohnya, harus diutamakan bagi meningkatkan lagi imejnya. Pada masa sama, pemimpin politik juga perlu berperanan secara lebih proaktif dalam mempertahankan kedudukan institusi berkenaan dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencalarkan kredibilitinya. Jika ini dapat dilakukan, nescaya penghormatan masyarakat terhadap institusi itu akan lahir dengan sendirinya. Selain itu, syor supaya kerajaan menubuhkan badan khas bagi memantau semua pertubuhan yang menggunakan nama Islam juga wajar diberi pertimbangan. Ia penting bagi memastikan objektif dan perjuangan mereka sejajar serta selari dengan ajaran Islam. Pihak yang menyalahgunakan imej Islam untuk menjayakan agenda sendiri pula perlu dikenakan tindakan tegas. Secara tidak langsung badan khas itu juga dapat memastikan pertubuhan terbabit tidak mengelirukan umat Islam atau masyarakat, dengan ideologi yang menyalahi tuntutan syarak. Matlamat utama semua inisiatif ini ialah untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan semua isu yang menyentuh kepentingan umat Islam keseluruhannya serta menyemarakkan lagi syiar Islam di negara ini.

Rumah Bayi al-Quran Mahu Dibakar

Sumber dari:
http://www.kosmo.com.my
Rabu/ 28 Oktober 2009


MOSCOW - Sekumpulan penduduk Islam mengancam mahu membakar rumah ibu bapa bayi yang kulitnya tertera ayat al-Quran, Ali Yakubov di Kizlyar, Dagestan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bayi itu yang berumur sembilan bulan dilahirkan oleh ibunya, Madina manakala bapanya bertugas sebagai seorang pegawai polis.

"Mereka (sekumpulan penduduk Islam itu) mendakwa tidak munasabah Allah menunjukkan tanda-tanda kebesarannya melalui seorang budak lelaki yang dilahirkan oleh keluarga pegawai polis," kata datuk bayi itu, Magomed-Kadyr.

"Mereka menganggap kami (pegawai polis yang bekerja untuk pemerintah Rusia) sebagai orang kafir," tambahnya.

Menurutnya, sebuah kereta membawa kumpulan bersenjata itu tiba di rumah mereka pada waktu siang.

Anggota-anggotanya kemudian menuntut mereka menunjukkan bayi berkenaan sebelum beredar tetapi mereka mengancam untuk datang lagi.

Selepas insiden itu, seorang penguasa tempatan menyediakan enam pengawal keselamatan untuk mengawal keluarga berkenaan.

Ibu bayi itu menyatakan bahawa ayat suci al-Quran itu hilang pada kulit Ali apabila kumpulan bersenjata itu tiba tetapi muncul semula selepas mereka beredar.

Dagestan yang terletak di selatan Rusia dan bersempadan dengan Chechnya bergolak akibat pertempuran berterusan di antara kumpulan-kumpulan Islam dan pihak berkuasa Rusia selama beberapa tahun selepas Moscow didakwa menindas penduduk Islam di wilayah itu. - Agensi

Seluar Panjang Ketat Wanita Haram di Aceh

BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - AFP

Monday, October 26, 2009

Wanita Benci Poligami,Lelaki Tetap Mahu Menambah Isteri

Sumber dari:
http://syurgadunia.blogspot.com

Setiap apa yg kita alami melalui deria terutamanya dari mata dan telinga semuanya membina jaringan2 neuron yg baru didlm otak, jika keadaan yg sama dialami berulang-ulang, semakin kuat jaringan tersebut dan akan sampai ketikanya ia menjadi automatik tanpa kita sedari. Contohnya ketika mula belajar mengira, kita harus kira dgn tangan atau alat bantuan mengajar yg 2+2=4, tetapi sebab sudah terbina sahaja jaringan2 neuron, sekarang bila kita dgr sahaja soalan 2+2 secara automatik sahaja kita tahu ianya adalah 4. Begitu juga dgn hal yg lebih kompleks seperti berjalan, berlari, memandu dan percaya atau tidak cara anda menangani marah juga adalah selalunya melalui jaringan neuron yg telah terbina didlm otak anda.


Suatu yg menarik disini terutamanya bila manusia melihat tv, otak tidak membezakan samada apa yg kita lihat dan dengar dr pemerhatian tv itu sesuatu yg benar atau tidak, bahayanya tv adalah kerana ia sebenarnya alat pemukau, kerana ketika menonton tv, kita tidak memberi penilaian samada yg berlaku itu sesuatu yg benar atau tidak. Jadi jika kita fokuskan kepada perkara tersebut, jaringan2 neuron akan terbentuk tidak kira ia sesuatu yg positif atau negatif.


Setiap jaringan2 baru yg terbentuk bilamana ianyanya digabung dgn emosi, jaringan neuron ini akan menjadi lebih kukuh dan amat sukar untuk di ubah walaupun otak manusia sebenarnya begitu fleksibel untuk mengambil cara pemikiran baru yg mungkin sebenarnya lebih baik dari apa yg sudah terbina.


Lihat dan dengar disekeliling kita dari tv, filem, surat khabar, perbualan sesama rakan2 jarang ataupun tidak pernah sekali manusia membincangkan perkara2 yg positif tentang kehidupan, ini kerana manusia sudah ketagih kepada "aksi" dan "drama". Ketagihan ini adalah sebenarnya kepada "neurochemical" yg dirembes oleh kelenjar2 hormon dibadan mengikut situasi2 tertentu. Contohnya jika seorang ayah sudah biasa merotan anaknya setiap kali anaknya membuat kesalahan, rasa puas setelah merotan ini adalah kerana "neurochemical" yg dirembas setelah dia melakukannya.


Sebab itu setiap kali anaknya melakukan kesalahan, untuk merasa puas hati (kesan dari terembesnya neurochemical sebelum2 ini" secara tanpa sedar, melalui otak yg tidak berfikir akan cara2 yg baru mendidik, akan menggunakan jaringan2 yg sudah lama terbina, dia tanpa berfikir akan terus mencapai rotan dan merotan anaknya, ini termasuklah juga memarahi, memaki atau apa2 lain hukuman, ini termasuk juga kepada ibu2. Perangai anak tetap sama kerana fisiologi manusia tidak boleh belajar didlm ketakutan. Mungkin dia tidak akan melakukan perkara yg sama tetapi perkara2 lain pula akan timbul.


Kecenderungan otak manusia untuk membuat keputusan dgn mengikut jaringan2 otak yg sudah tersedia tanpa memikir kan kebarangkalian yg lain selalunya disebabkan oleh prefrontal cortex yg lemah. Prefrontal cortex yg lemah membuat manusia tidak boleh berfikir dan untuk tindakan yg pantas, otak lebih mudah untuk mengambil keputusan2 melalui jaringan2 yg tersedia ada.


Tetapi bagaimana jaringan2 "memukul" anak ini sudah tersedia di kepala ayah2 yg contohnya baru memiliki anak pertama? Jawapannya jaringan ini tersedia semasa bapa tersebut masih kecil lagi terutama ketika usianya antara 1 hingga 7 tahun, tidak kira jika samada dia sendiri yg mengalaminya atau dia melihat abang atau kakaknya dipukul, tindakan ayahnya merotan itu akan dirakam secara terus didlm otak membentuk jaringan2 baru sebagai panduan untuk kehidupan. Kemana kuah kalau tak tumpah ke nasi, bukan setakat bakat menyanyi atau berlakon sahaja, bagaimana anda mengajar anak anda itu juga akan diwarisi oleh anak2 anda bile mereka dewasa nanti.


Jadi berbalik kepada hal poligami, jika dari kecil wanita sudah melihat ditv akan cerita keluarga yg punah ranah kerana poligami walaupun ianya hanya lakonan, jika setiap hujung minggu membaca DCCK yg mana ramai isteri2 mengadu tentang pahitnya poligami, jika rakan2 yg telah bermadu selalu menceritakan masalah bila poligami, jaringan2 diotak yg membawa kepada keputusan poligami harus ditolak akan makin hari semakin kuat, ini ditambah pula dgn kesan rembesan "neurochemical" yg menyebabkan timbulnya rasa marah dan geram, semua emosi adalah disebabkan kesan "neurochemical" ini, perasaan sayang dan cinta juga adalah datangnya dari kesan yg sama. Jaringan2 neuron terhadap bencinya poligami ini semakin hari akan menjadi semakin kuat.


Cerita mengenai faedah2 poligami amat jarang didengar atau mungkin tiada langsung diceritakan baik di tv, akhbar mahupun perbualan, ini juga disebabkan mereka yg berpoligami, tetapi bahagia, tidak berani dan malu untuk tampil kehadapan disebabkan mereka tahu masyarakat memandang poligami itu sesuatu yg negatif (dr yg dilihat atau didengari). Kesan tiadanya cerita2 menarik mengenai poligami menyebabkan tiadanya jaringan2 neuron yg membawa kepada fikiran yg menyokong poligami.


Jadi bila suami sebut sahaja poligami, ataupun tahu sahaja suaminya ada mempunyai hubungan dgn wanita lain, fikiran isteri terhadap wanita lain ini akan menyebabkan ingatan terhadap poligami timbul, ditambah dgn prefrontal cortex yg lemah, jaringan mudah yg diambil adalah poligami mesti dielakkan. Jadi ada kalanya walaupun suami tidak punyai apa2 perasaan terhadap wanita lain, disebabkan otak mengaitkan wanita lain dgn poligami, siisteri akan mula menunjukkan kemasaman dan kemuncungan tanda tidak setuju, malah mungkin mengambil langkah yg lebih ekstrim dr itu.


Jaringan neuron diotak mengenai poligami adalah sesuatu yg di halalkan oleh islam jika diketahui sekalipun tidak begitu kuat disebab kurangnya pendedahan yg berulang2, dinafikan pula dgn cerita2 buruk ketidak adilan poligami, fikiran yg mudah mengambil jaringan poligami bersamaan tidak adil. Tidak mahu berfikir atau lemahnya prefrontal cortex menyebabkan siisteri tidak akan terfikir yg mana sebelum dia membantah, periksa dahulu adakah suaminya mampu dr segi zahir dan batin, adakah dgn memberi suaminya berkahwin akan menaikkan semangat suami untuk lebih berusaha dan juga kesan baiknya terhadap masyarakat secara keseluruhan.


Sikap pentingkan diri sendiri sebenarnya menyebabkan siisteri takut dan gerun bila disebut poligami kerana otaknya sudah terbiasa dgn jaringan2 yg mengaitkan poligami dgn ketidakadilan, kesusahan, kurangnya perhatian dan bermacam2 lagi perkara2 negatif. Allah tidak membenarkan poligami sekiranya ianya tidak membawa kepada kebaikan, surah albaqarah ayat 126 memberitahu ada sesuatu yg kita tidak suka itu tetapi ianya baik untuk kita dan sebaliknya, hanya Allah yg lebih mengetahui.


Ada sifat2 semulajadi yg sudah terbina pada diri manusia sejak lahir lagi, seperti bagaimana si bayi yg tidak perlu diajar untuk menghisap puting menyusu ketika lahir, ini amat penting untuk memastikan manusia terus hidup, begitu juga dgn sifat lelaki yg sukakan wanita, ianya adalah semulajadi, bayangkan jika lelaki harus diajar menyukai wanita, peluang manusia untuk terus berkembang biak akan terbantut dan manusia akan pupus dimuka bumi.


Setiap kali lelaki melihat wanita lain, terutamanya jika bahagian yg dilihat itu sesuatu yg terlarang, ini juga akan merembeskan "neurochemical" yg mnyebabkan timbulnya emosi nikmat terhadap keadaan2 tersebut, jika setiap hari lelaki di hujani dgn "tawaran2 percuma" dr wanita untuk melihat pinggulnya yg ramping, dadanya yg montok, lurah dadanya yg dalam, rambut yg ikal, leher yg jinjang dan sebagainya, ini menyebabkan keinginan lelaki terhadap wanita2 semakin bertambah2. Keadaan yg lebih ekstrem akan terjadi bila mana lelaki melihat filem2 lucah, otak tidak tahu itu benar atau tidak, tetapi jaringan2 baru yg kuat akan terbentuk mengatakan "amat nikmat" untuk mendapat wanita2 lain kerana kesan dihujani oleh "neorochemical" emosi ketika melihatnya.


Tetapi mengapa lelaki yg sudah berkahwin berminat mahu berkahwin lain? Pernahkah anda makan direstoran bersama rakan2, masing2 membuat pilihan masing2 tetapi ketika makanan sampai, melihat makanan rakan lebih nampak menarik dari apa yg kita pesan, kita teringin juga untuk merasanya. Begitu lah perumpamaan lelaki terhadap wanita, selagi sisuami tidak menasihati siisteri menutup aurat, selagi si ayah tidak mendidik anak2 perempuan menutup aurat, selagi wanita bersetuju dijadikan alat pelaris barang jualan, selagi itu keinginan lelaki terhadap wanita lain akan tetap ada. Jadi untuk menyuruh lelaki berhenti sukakan wanita lain samalah seperti menyuruh wanita menutup aurat, kedua2 sukar tetapi tidak mustahil dgn kesedaran apakah hikmah disebaliknya.


Si suami pula dari perbualan dgn rakan2, dr ceramah agama, dari pembacaan, tahu yg poligami itu dibolehkan, ditambah pula dgn jaringan "neuronet" yg wanita lain lebih ramping dr isteriku, wanita lain lebih montok dr isteriku, semua ini merembes "neurochemical" emosi yg mengaitkan poligami dgn wanita lain, ditambah pula dgn kesan yg lebih hebat dari, "free show" wanita yg mendedahkan aurat, dari kulit majalah mangga ataupun URTV ataupun dgn melihat filem2 lucah, jaringan2 ini akan terbina semakin hari akan menjadi semakin kuat. Sebab itu lelaki sanggup mengaku bujang untuk berkahwin lain kerana ketagih pada "neurochemical" yg akan terembes ketika dapat melihat wanita lain atau pun dapat melakukan hubungan kelamin kerana kesannya sama dgn menonton filem lucah itu sendiri.

Lelaki yg pentingkan diri sendiri ini juga sebenarnya mempunyai prefrontal cortex yg lemah, tidak boleh untuk berfikir menggunakan jaringan2 neuronet lain akan kesesuaian atau kemampuan dirinya sendiri untuk berpoligami, mampukah dia dari segi batin, cukupkah pendapatannya untuk menampung keluarga dan sebagainya. Disebabkan lelaki yg tidak berfikir inilah poligami akhirnya dilabel sebagai sesuatu yg mesti dielakkan, malah ada yg menganggap ia adalah hukum yg sudah lapuk, sudah jumud dan tidak sesuai lagi dizaman moden. Bukankah ini menidakkan hukum Allah, jadi tanya diri sendiri balik jika doa2 kita tidak termakbul sedangkan manusia secara tanpa sedar menjadi hamba yg tidak bersyukur.

Amatlah dukacitanya juga bila mana artis2 yg menjadi idola masyarakat juga menonjolkan kesan buruk terhadap poligami, bila seorang artis berkahwin dgn suami orang, isteri pertama harus diceraikan, jika kedua2 wanita tersebut faham konsep poligami, mereka boleh hidup berkongsi, sisuami pun jika dia benar2 bertanggungjawab tidak akan menceraikan isteri pertama hanya semata2 ingin berkahwin lain, dgn pendapatan yg lumayan nafkah zahir tiada masaalah. Ini antara contoh yg menjadi ikutan masyarakat.


Mungkin penyelesaiannya adalah dgn menyuruh lelaki menjaga mata tidak melihat wanita lain supaya keinginan terhadap wanita lain tiada, tetapi tahukah anda, contohnya ketika memandu, walaupun minda sedar lelaki melihat jalan dihapadan, minda separuh sedar lelaki tetap seperti radar mengesan apa sahaja yg terjangkau oleh pandangan mata, perempuan yg seksi ditepi jalan tanpa sedar juga akan dirakam oleh minda separuh sedar lelaki, otak juga akan merembeskan "neurochemical" nikmat tersebut dan bila sudah berulang2 akan tetap menguatkan keinginan lelaki terhadap wanita2 lain.


Sebenarnya menyuruh lelaki berhenti inginkan wanita lain sama seperti menyuruh wanita berhenti berpakaian seksi dan menutup aurat, lihat perkembangan semasa, lihat fesyen2 wanita zaman kini. Kalau tak nampak dada yg lapang tak sah. Bagaimana lelaki ingin mengejar kejayaan dunia jika mata harus ditutup, muka harus memandang ke lantai, tidak akan maju lelaki jika mindanya selalu ketagih terhadap wanita lain, sebab itu zaman sekarang lelaki dilabel makin tak guna, yang baik dah berpunya, yang dah kahwin masih mencari, jika jumpa yg bujang pula asyik merengek meminta seks dari teman wanita, keputusan yg diambil, zaman sekarang ini tiada lagi lelaki yg baik. Tetapi jika difikir2 balik siapa yg menyebabkan lelaki menjadi tidak baik? Tidak salahkah jika saya katakan sebabnya dari wanita itu sendiri?


Seorang wanita yg tidak menutup aurat sudah cukup untuk membuat beribu2 orang lelaki ketagih akan keinginan mahukan wanita lain, selagi manusia tidak mengikut "manual" kehidupan iaitu Al Quran selagi itu dunia akan menuju kebinasaan. Seorang artis berpakaian tertentu sudah cukup untuk mengubah fesyen peminat seluruh negara untuk turut sama berpakaian begitu. Selagi manusia mementingkan diri sendiri dgn alasan hak individu dan tidak dapat melihat yg kesannya adalah kepada masyarakat, selagi itu masaalah tetap sama atau mungkin semakin teruk.


Bagaimana pula dgn lelaki soleh yg mampu dr segi zahir dan batin, yg punyai cita2 tinggi dan yakin yg dia boleh berjaya, mereka ini juga terdedah pada "free show" wanita2 lain dan mereka juga mempunyai keinginan untuk kahwin lain, tetapi disebabkan mereka, kasihankan isteri atau fikirkan siisteri yg mengamuk bila disebut sahaja poligami, yg akan meracuni fikiran anak2 yg "ayah engkau ni tak sayangkan engkau nak cari mak lain", mereka mengambil jalan mudah memendam rasa dan perasaan, sebab itu rata2 lazimnya lelaki akan mati dahulu berbanding wanita. Selagi lelaki bodoh yg mahu berpoligami tetapi tidak tahu berfikir mengukur kemampuan diri wujud selagi itu lelaki yg mampu ini akan dinafikan haknya.


Jika diselidik2 balik semuanya berpunca dari lelaki sebagai pemimpin didunia ini, jika pemimpin menegakkan syiar islam, jika si ayah mendidik anak, jika sisuami menasihati isteri menutup aurat, bukankah banyak perkara yg tidak diingini yg menjadi masaalah masyarakat boleh dielakkan dari masalah isteri dan anak2 terabai hinggalah kepada masaalah rogol dan sebagainya.


Khusuk dan fokuslah didlm solat kerana "frontal lobe" iaitu otak hadapan yg "hidup" boleh membuat kita boleh berfikir dgn lebih sempurna daripada terus menggunakan jaringan2 yg terbina dr pemerhatian2 yg selalunya tanpa tapisan baik buruknya. Otak hadapan yg lebih sihat mampu membina jaringan2 baru didlm otak, mengambil kira kemungkinan2 lain kearah masyarakat yg lebih aman dan harmoni. Kita hidup bukan sendirian, memang kubur masing2 tetapi dipadang masyar kita tetap bersama2.


Wanita menentang & lelaki menyokong semuanya kerana ketagihkan "neurochemical" terhadap situasi2 kesan buruk poligami dan kesan nikmat rangsangan melihat wanita2 lain, selagi lelaki dan wanita berfikiran sama selagi itu dunia ini akan menuju kehancuran, hanya panduan Al Quran sahaja sepatutnya kita semua kembali.

Patutlah Lelaki Semakin Bodoh dan Tidak Bertanggungjawab

Sumber dari:
http://syurgadunia.blogspot.com

Prestasi pelajar lelaki di sekolah2 baik pun di peringkat universiti semakin menurun, pelajar2 perempuan semakin menyerlah dan malah bilangan mereka melebihi pelajar2 lelaki. Jika dirujuk pada statistik di laman web kementerian pendidikan, kita dapat melihat perbezaan yg ketara antara lelaki dan wanita.

Itu dari segi pendidikan, bagaimana pula dari segi sikap, tingkah laku dan perangai kaum yg dinamakan lelaki masa kini? Ramai wanita yang masih tidak berkahwin lagi kerana alasannya susah nak berjumpa dengan lelaki yg baik. Remaja2 lelaki makin liar, baik yg masih bersekolah hinggalah yg sudah tamat persekolahan, dapat dilihat dari kes pukul cikgu hinggalah kepada kes merempit.

Bagi yg bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita2 yg mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah2 lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Mengapakan lelaki seolah2 semakin bodoh, semakin tidak boleh melihat kesan tindakan yg diambil sekarang terhadap masa depan? Mungkinkah sesuatu telah berlaku didalam otak2 lelaki zaman sekarang yg menyebabkan mereka menjadi sedemikian? Manusia moden memandang remeh perintah Allah kerana tidak boleh nampak kesan dari perbuatan mereka itu, akan tetapi sains sedikit demi seikit memberikan jawapannya, apa yg diperintahkan Allah itu teramat besar hikmahnya untuk kebaikan manusia itu sendiri.

Islam tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, secara umumnya untuk mengelakkan zina kerana pergaulan bebas ini adalah benih2 zina dan Nabi amat melarang sekali menghampiri zina. Apa yg memeranjatkan, mengikut kajian pakar psikologi dari Radboud University di Belanda (1), pergaulan antara lelaki dan perempuan membuatkan fungsi kognitif lelaki (keupayaan untuk memahami/belajar) buat sementara menjadi berkurangan. Walaupun dikatakan "sementara" jika pergaulan itu berpanjangan maka keupayaan untuk memahami sesuatu itu semakin lama semakin ketara. Melihat pada suasana pergaulan lelaki dan perempuan didalam masyarakat kita bermula seawal dari zaman persekolahan sekolah, maka tidak hairan lah mengapa wanita menguasai lelaki dibidang pembelajaran. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh.

Kajian sekumpulan pakar dari McMaster Universiti di Kanada (2) pula mendapati, apabila lelaki melihat perempuan yg cantik/menarik atau apa yg mereka kategori sebagai "hot", keupayaan lelaki untuk membuat pilihan bijak untuk kebaikan masa depan semakin berkurang (discount the future). Lelaki akan memilih ganjaran masa kini berbanding ganjaran masa depan yg lebih besar. Ini memberi kesan yg amat besar kepada corak pemikiran lelaki, baik dari motivasi untuk belajar bersungguh2 di sekolah/universiti, pekerja yg berdedikasi, suami yg bertanggungjawab hinggalah menjadi ayah yg baik supaya anak2 menjadi manusia hebat.

Lihatlah pada kebanyakan lelaki zaman ini, lelaki lebih memilih nikmat dunia berbanding nikmat akhirat, lelaki lebih kreatif mencipta berbagai2 jenis taktik untuk mengaut keuntungan wang dan harta tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan persekitaran, dari judi yg di legalkan (pasaran saham dan forex), MLM hinggalah ke skim cepat kaya internet. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutama isteri dan anak2. Tidak mampu lagi melihat janji2 Allah terhadap hambaNya yg berbuat kebaikan dan beramal soleh dan meninggalkan yg keji dan haram. Sebab itu ada yg berkata, ala muda lagi, bila tua nanti bertaubat la.

Ucapan jutaan terimakasih kepada wanita2 yg semakin hari semakin mementingkan kecantikan, bersolek, berhias sakan untuk menarik perhatian lelaki hingga ada yg selekeh didepan suami tetapi bila keluar rumah bukan main hebat lagi. Terimakasih kepada NGO2 wanita yg mempertahankan hak2 feminism berpakaian bebas dan menyuruh lelaki menahan nafsu. Terimakasih juga kepada media2 TV, filem, majalah dan juga media2 iklan yg menggunakan wanita dalam hampir semua iklan2 mereka walaupun tiada kena mengena langsung wanita dan produk berkenaan. Terimakasih juga kepada lelaki2 yg membiarkan tubuh badan isteri mereka di"ratah" dengan mata oleh lelaki2 yg lain. Patutlah lelaki menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Jelaslah perintah Allah bagi wanita2 untuk menutup aurat untuk kebaikan manusia itu sendiri, begitu juga dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Sistem pendidikan kita diasaskan oleh British, dengan para2 menteri yg rata2nya mendapat pendidikan barat, budaya untuk bercampur gaul bebas lelaki dan wanita itu dianggap cara terbaik era moden, baik disekolah mahupun ditempat kerja. Penyokong feminism pula sibuk memperjuangkan hak berpakaian dan meminta lelaki menjaga nafsu (nafsu mereka untuk berpakaian bebas tak perlu dijaga). Sudah terbukti secara saintifiknya yg perbuatan mereka itu (tanpa sedar) memberi kesan terhadap kemampuan lelaki berfikir.

Perbuatan mereka mendedahkan aurat itu sebenarnya menindas atau menganiaya insan2 lain yg bernama lelaki, menindas wanita2 lain dan juga anak2 mereka, lepas itu merungut susah nak cari lelaki yg pandai, baik dan bertanggungjawab. Sebab itu Allah jelaskan kerosakan dimuka bumi itu adalah hasil tindakan manusia itu sendiri (Ar Rum 30:41). Jadi masaalah lelaki yg semakin hari semakin merudum akalnya ini perbuatan siapa jika bukan perbuatan kaum perempuan2 sendiri?

Tak perlulah saya kemukakan pelbagai ayat2 Al Quran untuk memberitahu kepada wanita2 akan kewajipan menutup aurat, sudah berjuta2 kali di sebut baik oleh ustaz/ustazah, buku2 agama hinggalah kemajalah2, malah ada lagi kertas saintifik yg saya jumpai dan boleh kaitkan. Akan tetapi mengapa wanita2 (di"back-up" oleh lelaki) nampaknya buat tak endah sahaja akan bab menutup aurat ini?

Jawapannya adalah kerana manusia didalam kehidupan dikawal oleh minda separuh sedar, umpama memandu kereta, hanya perlu tumpukan perhatian pada mula2 belajar memandu, selepas itu menjadi automatik. Begitu juga dgn nilai2 kehidupan, anak dibesarkan dengan TV dan filem yg merupakan alat hypnosis terhebat. Minda anak yg masih kecil ini melihat dan menyimpan berjuta2 maklumat didlm minda separuh sedar mereka dan apabila dewasa, data ini akan keluar apabila dia membuat pilihan. Tutup aurat atau dedah? Jika Hanna Montana jadi idola atau kakak2 AF yg rata2 "amat sopan", maka itu yg menjadi ikutan apabila dewasa kelak.

Saya sedang mendalami ilmu hypnosis, membaca buku2 mengenainya dan juga menghadiri seminar hypnosis, apabila saya bandingkan dengan penggunaan TV, ia mempunyai banyak persamaan. Masyarakat akan mengikuti fesyen2 semasa dari TV kerana mereka dalam keadaan "trance" atau terpukau apabila duduk relaks dan khusyuk menonton. Apa yg dipersembahkan itu juga yg akan masuk keminda separuh sedar dan akan menjadi "pedoman" contohnya apabila wanita memilih pakaian.

"WE CANNOT SOLVE OUR PROBLEM WITH THE SAME THINKING WE USED WHEN WE CREATED THEM" ALBERT EINSTEIN

Masaalah masyarakat yg dialami sekarang ini tidak boleh diperbaiki dengan menggunakan cara pemikiran yg sama. Kita tidak boleh menganggap apa yg terjadi dipersekitaran dan masyarakat tiada kena mengena dengan diri kita. Kita semua berkait melalui suatu ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement), cara pemikiran kita mempengaruhi dunia. Masanya sudah tiba untuk kembali kepangkal jalan, buangkan keegoan diri baik dari segi pangkat, kuasa mahupun tahap pendidikan dan kembali kepada Al Quran dan hadis sebagai landasan.

Jika kita hidup bersendirian, kita bebas melakukan apa sahaja, nak berbogel pun tak mengapa, akan tetap apabila hidup bermasyarakat, ada batas2 yg perlu di jaga untuk kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Siapa yg lebih mengetahui batas2an tersebut jika bukan Allah yg mencipta seluruh alam termasuklah manusia itu sendiri? Ini bukan sahaja dalam bab berpakaian, begitu juga dengan pergaulan bebas, zina, pengurusan harta, "RIBA" dan lain2 lagi.

Harap feminism2 yg masih cuba menegakkan benang yg basah agar bermuhasabah diri dan memikirkan sedalam2nya akan setiap perintah dan larangan Allah tersebut, kecualilah jika frontal lobe sudah terlalu lemah dan tidak mampu lagi berfikir dan mengaitkannya dengan kehidupan bermasyarakat, tidak mampu melihat kesan masa depan akibat tindakan sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dari kebajikan orang lain.
Akan tetapi adakah wanita sahaja yg patut dipersalahkan? Dalam hal ini pemimpin sebenarnya (kebanyakannya LELAKI) yg akan dipertanggungjawabkan oleh Allah nanti kerana membiarkan masyarakat rosak akibat tidak mengikut apa yg diperintahkan. Pemimpin sekarang majoritinya memimpin untuk wang, kuasa dan pangkat dan bukan kerana Allah.
Soalan seterusnya, siapa yg memilih mereka?

Rujukan:
1. Johan C. Karremans, Thijs Verwijmeren, Tila M. Pronk, and Meyke Reitsma. Interacting with women can impair men’s cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45(4):1041–1044, July 2009.

2. Margo Wilson, Martin Daly. Do pretty women inspire men to discount the future? The Royal Society Biology Letters. May 2004

Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri

Sumber dari:
http://www.saifulislam.com

“Wah, anta dah jadi ‘Ustaz Cinta’ sekarang ini ya”, sampuk teman saya tatkala melihat poster Seminar Manual Cinta Haraki di Ipoh baru-baru ini.

Saya tersenyum.

Agak janggal dan kekok dengan title ‘Ustaz Cinta’, apatah lagi melihat banner dan bunting wajah saya seiringan dengan kalimah ‘Cinta’ di tepi-tepi jalan.

PASCA AKU TERIMA NIKAHNYA

Semenjak terbitnya buku AKU TERIMA NIKAHNYA, saya semakin dikaitkan dengan title ‘Ustaz Cinta’. Nyatanya gelaran itu tidak pernah ada di dalam bayangan dan perancangan hidup saya. Apatah lagi saya mula bercinta pada usia yang agak lewat berbanding biasa. Hanya setelah berjabat tangan di majlis nikah, cinta saya bermula. Lewat lima malah mungkin sepuluh tahun berbanding amalan biasa hari ini.

Buku Aku Terima Nikahnya itu bukan buku cinta. Ia buku tentang kehidupan. Tetapi cinta adalah manfaat dari menghayati makna kehidupan. Cinta dijadikan tema buku ini kerana kita sentiasa duduk dalam lingkungannya. Lingkungan cinta, antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, malah hubungan kita dengan Baginda Rasulullah SAW juga diungkap sebagai cinta. Semua itu digarap di dalam buku Aku Terima Nikahnya, bahawa ia memaksudkan sebuah kehidupan.

“Saya ada masalah dengan suami saya”, kata seorang penghantar email.

“Kami mahu bertunang, tetapi itu pun ibu bapa kami halang. Macam mana ustaz?”, rungut seorang lagi.

“Tunang saya kata, dia memang bercita-cita semenjak di Tingkatan Lima lagi mahu berpoligami. Pening kepala saya ustaz!”, luah satu lagi email yang saya terima.

Ya, semenjak penerbitan buku AKU TERIMA NIKAHNYA, kotak email saya dihujani sekurang-kurangnya dua atau tiga email sehari, khusus bertanya tentang cinta. Hingga saya tenggelam punca dan memperuntukkan sekali sebulan untuk membalas…andai ada upaya.

KESAN YANG MEMEDIHKAN

Penangan buku AKU TERIMA NIKAHNYA juga menyebabkan saya dan isteri terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan. Paling utama, saya berasa sungguh tidak selesa apabila berjalan di kedai, dan kemudian disapa oleh seorang perempuan. Peminat katanya.

Lebih memburukkan keadaan, apabila saya perkenalkan Ummu Saif di sebelah saya, ‘peminat’ itu sekadar senyum dan kembali mahu berbicara dengan saya. Dia seolah-olah memberitahu bahawa, “saya peminat Abu Saif, bukan Ummu Saif”.

Beberapa kali kejadian seumpama ini berlaku, ia benar-benar menjadi tamparan kepada saya dan isteri. Syukurlah dengan persefahaman yang ada, saya dan Ummu Saif selalu belajar berterus terang meluahkan apa yang terbuku di hati, agar tiada jarum patah yang tersimpan di dalam peti. Sikap sedemikian bukan sahaja tidak adil kepada Ummu Saif dan melukakan hatinya sebagai insan paling utama dalam hidup saya, malah tidak layak dengan nilai ‘malu’ yang seharusnya menjadi perhiasan kaum muslimah.

Terkini, seorang pengunjung menawarkan dirinya menjadi isteri kedua saya melalui shoutbox! Agama apakah yang adab susilanya untuk seorang perempuan berkelakuan begitu?

Justeru saya akur, bahawa cinta itu krisis besar dalam masyarakat hari ini. Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras.

Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini. Lantas mungkin kerana itu, sekali saya menulis tentang cinta, saya terperangkap di dalamnya hingga terpaksa memikul stem di dahi sebagai ‘Ustaz Cinta’.

KE INDONESIA

Bila bercakap tentang Islam dan cinta, kita tidak dapat lari dari menjenguk literature berkaitan dari negara jiran sebelah. Indonesia jauh terkehadapan dalam menggarap isu Islam dan cinta melalui penghasilan buku, novel, drama, filem, lagu dan nyatakan apa sahaja.

Tetapi ada yang satu ini menambat hati saya.

Sekira-kiranya saya mahu menumpang bahu, mencari model dari negara seberang untuk check and balance saya yang dihadapkan dengan label ‘Ustaz Cinta’ ini. Syukur, kerana saya bertemu dengan seorang tokoh yang nampaknya menghampar dan melalui jalan yang banyak persamaan dengan saya, biar pun senioriti dan kedudukannya di dalam masyarakat amat jauh berbeza dari saya.

CAHYADI TAKARIAWAN

Itulah Ustadz Cahyadi Takariawan atau juga dikenali dengan nama Pak Cah.

Beliau itu ‘Ustadz Cinta’ dari negara seberang.

Bukan calang-calang orang kerana Ustadz Cahyadi adalah salah seorang daripada anggota Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS). Tetapi beliau seorang yang sangat prolifik khususnya di dalam menghasilkan makalah dan buku. Tulisannya pelbagai khususnya membabitkan soal peraturan dakwah harakiyyah dan yang berkaitan dengannya.

Namun akhirnya, beliau makin terserlah dengan buku-buku, makalah dan ceramah yang berkaitan dengan CINTA.

Saya sempat membaca tentang beliau dan memasang azam untuk bertemu dengannya ketika saya ke Yogyakarta baru-baru ini. Malang sedikit, kunjungan saya ke kantor PKS Daerah Istimewa Yogyakarta yang telah diatur lebih awal, tidak mendapat izin dari Allah untuk menemukan saya dengan Ustadz Cahyadi Takariawan. Beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan di luar kota Jogja.

Namun saya tetap bersyukur malah gembira sekali berpeluang bertemu, berbincang dan berwacana dengan rakan-rakan aktivis PKS Yogyakarta yang lain. Mereka itu kaya dengan pengalaman dan buah fikiran. Perbincangan kami banyak membantu memahamkan gerak kerja amal Islami di kedua-dua negara yang satu cita-cita ini.

DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH

Buku Ustadz Cahyadi Takariawan yang saya kira paling menarik berkaitan dengan cinta, malah seakan-akan buku AKU TERIMA NIKAHNYA versi Indonesia, ialah buku DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.

Buku setebal 223 mukasurat ini sangat kaya dengan saranan, pesanan dan panduan berkaitan cinta dan perkahwinan, khususnya di kalangan aktivis dakwah. Bahasanya ringan dan santai, banyak diselang selikan dengan cerita untuk menyuntik unsur realiti di sisi teori dan ringkasnya, saya jatuh hati dengan keunikan buku ini. Terima kasih kepada rakan IMAN di Bandung yang telah menghadiahkan saya buku ini.

BUKU KONTROVERSI

Akan tetapi, buku yang saya cari-cari namun sukar sekali menemuinya adalah sebuah buku yang telah menggegarkan Indonesia dengan skala yang sama dengan kisah poligami Aa Gym. Buku yang saya maksudkan itu adalah buku Ustadz Cahyadi Takariawan bertajuk BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI!

Ya, membaca tajuknya sudah memberi indikasi yang jelas kepada kita. Ustadz Cahyadi tidak enak dengan POLIGAMI.

Buku ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, khususnya di kalangan aktivis PKS sendiri, memandangkan ia ditulis oleh salah seorang pemimpin utama yang disegani. Apatah lagi amalan berpoligami itu agak biasa berlaku di kalangan aktivis PKS.

Terima kasih kepada rakan di Yogyakarta yang mengirimkan buku ini kepada saya. Setelah selesai membaca pusingan satu, saya amat berpuas hati dengan isi kandungannya.

Ternyata, Pak Cah tidak sama sekali menentang prinsip poligami. Keharusannya di dalam Islam adalah termaktub jelas dengan hikmah yang besar dan pelbagai. Lihat sahaja kematian ramai pria di Ambon, bagaimana nasib wanita dan anak-anak yang ditinggalkan? Islam merealisasikan ajarannya yang sangat fitrah dan cocok sebagai solusi ummah melalui poligami.

Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh.

Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.

Buku ini mengupas dengan terpeinci fungsi, manfaat dan logik mengapa poligami itu mesti dipertahankan sebagai solusi yang ada di dalam Islam. Akan tetapi buku ini juga mendedahkan dengan sopan tetapi berani, bahawa jarang sekali seorang lelaki menikahi isteri kedua, ketiga atau keempatnya atas fungsi, manfaat dan logik yang ada.

SALAH GUNA POLIGAMI

Saya hanya mampu mengangguk.

Di satu sudut, poligami itu boleh menjadi sesuatu yang negatif apabila disalah guna. Seorang suami yang meletakkan poligami sebagai satu option yang sedia diguna pakainya pada bila-bila masa, tidak akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah yang berlaku di antara dirinya dengan isteri yang ada. Cepat sahaja pergi kepada quick fix yang ada iaitu dengan berpoligami. Seandainya masalah yang dihadapinya itu berpunca dari diri sang suami, maka beliau bukan menyelesaikan masalah dengan poligami, sebaliknya mencambahkannya pula.

Pandangan-pandangan Ustadz Cahyadi Takariawan ini sangat meributkan keadaan hingga timbul usul untuk mengharamkan buku ini malah memecatnya dari PKS! Walhal buku itu sendiri telah dihias dengan kata-kata aluan isteri pertama presiden PKS iaitu Sri Rahayu Tifatul Sembiring. Dalam erti kata yang lain, buku ini tidak bermaksud mahu melukakan hati mana-mana lelaki atau perempuan yang terlibat di dalam poligami. Tetapi Ustadz Cahyadi mahu menganalisa dan membetulkan persepsi-persepsi yang salah tentang poligami. Ketika mana poligami itu disyaratkan dengan ‘BERLAKU ADIL’, itu jugalah syarat yang paling kerap terabai hingga ramai sekali perempuan dan anak-anak yang menjadi mangsa poligami yang tidak cukup syarat ini.

Bagi seorang lelaki bertaraf Nabi, yang banyak diberi kelebihan oleh Allah, sudah cukup payah untuk mengelola perasaan dan menghadapi isteri-isterinya Baginda. Apalagi untuk lelaki biasa. Ustadz Cahyadi pun membuat konklusi bahawa, “karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238).

MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI

Tatkala poligami itu menjadi kebiasaan dalam amalan warga aktivis dakwah, Ustadz Cahyadi ketika ditanya mengapa beliau tidak berpoligami, telah menjawab:

”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’ ‘

Teringat saya kepada cerita arwah abah tentang Nyang (moyang saya) yang berpoligami. Kerana mahu berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Nyang terus meminta dirinya dihantar ke rumah setiap isterinya mengikut giliran biar pun beliau ketika itu sudah amat uzur. Akhirnya Nyang menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas kereta kuda di tengah-tengah perjalanan di antara rumah kedua-dua isteri beliau dan disempurnakan jenazahnya di kawasan berkenaan.

Mampukah saya seadil itu?

Saya tidak perlu menjawabnya kerana SAYA SUDAH BAHAGIA DAN SEMPURNA DENGAN SATU ISTERI.

http://www.saifulislam.com

Poligami Rasulallah s.a.w Bukan Ayat-Ayat Cinta

Berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:-

*Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
*Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
*Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal.Kata Baginda,
“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).

Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuklalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”

Kisah yang lain apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).
Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)

KESIMPULANNYA:
Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. (Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).

Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah(sudah dewasa) ketika itu.

Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?

Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?

Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.

Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.
Marilah kita berfikir sejenak…

Emosi L vs Emosi P

Seorang wanita selalu mengeluarkan kata kata prejudis tentang sikap lelaki , " orang lelaki ni selalu bersikap ego ". Seorang lelaki pula selalu memberi tanggapan satu lagi tentang wanita , " susahlah cakap dengan perempuan, selalu emosional ". Padahal keduanya merupakan sifat sifat yang secara fitrah diberikan oleh Allah SWT kerana pada kedua jenis mahluq ciptaaNya nya ada bidang tugas dan tanggungjawabnya masing masing.

Kedua mahluq ini mempunyai peranan besar sebagai agen memperbanyak bilangan umat manusia yang merupakan penghuni yang terbaik di muka bumi. Bagaimana kedua mahluq ini diciptakan oleh Allah dengan dua sifat / tanggungjawab yang berbeda tetapi dapat dipersatukan untuk memainkan peranan besar dan penting di atas ? Sudah tentu Allah telah mempersiapkan syariat yang dapat menjadikan keduanya mahluq tadi pasangan yang hebat dibanding semua ciptaaNya yang juga berpasang pasangan.

Langkah penting yang harus dilakukan oleh kedua mahluq lelaki dan wanita ini adalah berganding dalam rumahtangga yang diakuiNya dan taat menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang telah diperintahkanNya. Apabila seorang mukmin dan mukminah mempunyai kretaria di atas sudah tentu isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukan isu yang harus dipertikaikan . Ini disebabkan jika isu ini yang selalu diketengahkan maka kedua mahluq ini akan selalu bersengketa dalam masa yang sama kedua mahluq ini adalah ibarat magnet yang saling tarik menarik . Lebih jauh lagi adalah kita telah mengingkari qada dan qadar ciptaan Allah .

Lelaki dan Keegoannya

Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoannya .

Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang kebijakan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban ebagai seorang isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dilain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya . Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya.
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya

Wanita dan Emosinya
Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan eksis tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fisiknya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat dipungkiri.

Dalam hadis Rasulullah saw bersabda :
Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik.

Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu tidak dikatakan tidak berpikiran rasional.

Seorang wanita yang paham ttg. hadis di atas sudah tentu reda dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.

Lelaki sholeh dan Wanita sholehah
Dalam rumahtangga yang harmoni sudah tentu kedua mahluq yang dipasangkan tidak menjadikan sifat ego dan sifat emosional sebagai dua sifat yang bertolak belakang tetapi seharusnya menjadikan kedua sifat tersebut sebagai gabungan kerja untuk menjayakan kehidupan sebuah keluarga yang mempunyai satu matlamat.

Demikianlah juga dalam rumahtangga seorang mukmin, isu ego lelaki dan wanita yang emosional bukanlah satu isu yang dapat menjadikan pasangan dalam sebuah rumahtangga untuk saling tuduh menuduh atau bercakaran satu sama lain. Ini disebabkan Allah SWT telah memberikan bimbingan hidup berumahtangga kepada hambaNya yang beriman . Dan Allah akan selalu memberikan inayah pertolonganNya kepada hamba yang selalu bertaqwa agar dapat mengharungi hidup kekal berpasangan

Kisah Di Sebalik Hantaran al-Quran

Kisah ini khusus ditujukan khusus kepada mereka-mereka yang ada niat untuk menjadikan al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri yer.

Bacalah kisah ini dan fahami lah mesej yang ingin disampaikan dari kisah ini.

Hantaran Perkahwinanku Senaskah al-Quran

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ…


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra’d

“Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA… RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa ’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Peringatan buat semua…
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.’

Sekarang, tepuk dada anda, tanyalah pada diri, berapa minit kah masa yang anda peruntukkan dalam satu hari untuk membaca al-Quran?? 5 minit? 10 minit? Setengah jam? Atau kita hanya baca Quran seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali masa bulan puasa saja? Di manakah kita? Sekian, semoga kita dapat memperbanyakkan bacaan al-Quran dan mengamalkannya.

Apa Warna Anda...?

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.

Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.

Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM
1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU
1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Tidak Mustahil Untuk Terjadi Kepada Kita...

Tidak musatahil ini akan berlaku kepada kita juga....:-

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya….. . siapa dia…. tiba2 aku merasa dada ku sesak… sukar untuk bernafas…… namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku…… terus erjalan…… kekerongkongku. .
sakittttttttt. ………sakit. rasanya.Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,….Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku…..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku…kkhh. ……… khhhh…… kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya,amat teramat sakit….. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…Badanku gementar…. peluh keringat meluncur deras…..mataku terbelalak.. … air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu……… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar,cerah…. tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????. Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis…mereka
menjerit… histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia…??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia…dia..dia...mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan….???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…… Aku cuba pula untuk merangkul anak2ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak…tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku…dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.. Aku telah mati…aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka … tak kuasa aku menangis…… berteriak. Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis..masaku telah terlewat..aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.
**************************************************************************